background music

Tuesday, 1 November 2016

 assignment mte
https://drive.google.com/drive/folders/0BwD1upSHkejEbEFHU3JObkFGaWc?usp=sharing




Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.






Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.






Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 





Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. 





Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.




Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.


 lepas ni korang dah boleh buat nasi ayam sendiri and x payah nak keluar semata-mata nak makan nasi ayam...lebih jimat dan sedap

Monday, 31 October 2016

Resepi jeruk bambangan

 Resepi yg pertama ialah jeruk bambangan atau dikenali sebagai Noosom Bambangan.

Bambangan
Buah bambangan merupakan salah satu makanan bagi tradisi suku2 kaum yang terdapat di negeri di bawa bayu khasnya bagi suku kaum kadazandusun.Rasa buah bambangan masam tetapi kalau sudah masak rasanya manis.Biasanya buah bambangan ini akan di buat jeruk dan dimakan bersama nasi berlauk ikan bakar atau ikan masin.Menurut orang tua-tua buah bambangan ini juga adalah salah satu penawar penyakit kanser terutamanya daripada bijinya...rasa bijinya adalah pahit dan boleh mengawit buah bambangan apabila dijeruk.Tetapi biji jangan dimakan ya nanti korang mabuk...bijinya untuk diparut dan tabur di dalam buah bambangan.Jom belajar buat jeruk bambangan.

Cara buat jeruk buah bambangan

BAHAN-BAHAN
5 biji buah bambangan
3 biji cili merah
2 sudu garam




1. mula2 kupas kulit buah seperti dalam pic




2. Selepas kulit dikupas cuci buah tersebut.
3.potong2 buah selebar dua jari,jangan cuci selepas dipotong sebab air akan meresap di dalam buah menyebabkan jeruk tidak menjadi.
4.belah 2 biji buah bambangan dan ambil biji di dalamnya untuk diparut.



5.Tabur dan gaul biji yg sudah diparut ke dalam buah dipotong, masukkan garam dan cili.cili merah mesti dibuang biji sebelum diletak bersama buah.



6.Akhir sekali letaklah ke dalam tupperware atau sebaik baiknya guna botol nescafe atau botol yng diperbuat daripada kaca yg sudah dibersihkan.Tutup rapat rapat dan jangan buka sehingga 4 ke 5 hari.Selamat mencuba....












[SUMBER DARI:aliahdahlia.blogspot.my]



                                                                    welcome 

Assalamualaikum and hi...nama saya Rusmah Abdul Razak tapi kawan-kawan saya lebih gemar memanggil saya dengan panggilan Rose.Saya merupakan seorang pelajar dan this is my first blog.Di sini saya akan  berkongsi resepi makanan tempatan Malaysia terutamanya makanan Sabah  kerana saya berasal dari negeri di bawah bayu...hehe